Hari Pendaftaran Pelajar Baharu bagi Sesi 1/2026 telah berlangsung dengan lancar di Dewan Platinum, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang. Program ini melibatkan pelajar baharu dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai. Setakat hari ini, seramai 135 orang pelajar telah berjaya mendaftar dan melengkapkan proses pendaftaran yang ditetapkan.
Sepanjang proses pendaftaran, para pelajar baharu telah disambut dan dimudah cara oleh fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada pelajar semasa, sekali gus membantu melancarkan perjalanan program dan memberi gambaran awal suasana kehidupan kampus.
Ibu bapa dan penjaga pelajar turut diberikan taklimat ringkas yang disampaikan oleh:
-Timbalan Pengarah (Operasi), Tn. Hj. Zuraidy bin Kadir dengan disertai oleh Penolong Pengarah (Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan), Ts. Wan Zainah binti Wan Ismail,
-Kaunselor institut, Puan Hjh. Edayu binti Mohd Yusof,
-Penyelia Asrama Puan Salbiah Abd Kadir dan
-Ketua Warden, Encik Muhammad Faizul bin Arshad.
Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada ibu bapa dan penjaga berkaitan hal ehwal akademik, pengurusan pelajar, peraturan asrama serta kerjaya pelajar secara umumnya.
