27 Ogos 2025 – ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai telah berpeluang menyertai Program Hari TVET yang dianjurkan di Kolej Vokasional Kota Tinggi. Program sebegini bukan sahaja menjadi platform untuk memperkenalkan dunia TVET kepada masyarakat, malah turut membuka ruang kerjasama dengan rakan industri.
Sepanjang program berlangsung, pasukan ADTEC mengambil kesempatan untuk mempromosikan Unit CESS (Community Employment Support Service) – satu unit yang membantu pelajar serta graduan mendapatkan peluang pekerjaan dan bimbingan kerjaya. Lebih menarik, kami juga dapat beramah mesra bersama wakil PETRONAS dan Emproserve, berkongsi idea serta pandangan mengenai hala tuju TVET dalam memenuhi keperluan industri masa kini.
Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan, semoga kerjasama ini memberi manfaat kepada semua pihak dan memperkukuh lagi ekosistem TVET di Johor khususnya. Bersama kita majukan TVET untuk masa depan yang lebih cemerlang!
