Pasir Gudang, 15 Mei 2026 – Satu latihan Kawad HOS telah dilaksanakan melibatkan pelajar semester 1 daripada bengkel Teknologi Automotif, Teknologi Pembuatan Pemesinan dan Teknologi Pembuatan Perkakasan. Latihan ini dikendalikan oleh pegawai pengajar iaitu En Mohammad Ridzuan bin Kasnaini, En Muhammad Faizul bin Arshad, Cik Siti Suraya Hani binti Mohd Juar dan Puan Harmaninda binti Haron.
Program ini diadakan bertujuan melengkapkan modul kokurikulum di samping membentuk disiplin, semangat kerjasama dan meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan pelajar. Sepanjang latihan, para peserta diberikan pendedahan berkaitan asas kawad kaki, arahan kawad serta kepentingan kerjasama berpasukan dalam melaksanakan tugasan dengan lebih teratur dan berkesan.
Selain itu, para pelajar turut berpeluang merasai sendiri pengalaman mengendalikan hos bomba yang memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi sebagai pendedahan awal kepada teknik asas kebombaan dan pengendalian peralatan dengan cara yang betul. Aktiviti ini secara tidak langsung memberi pengalaman praktikal yang menarik serta meningkatkan kefahaman pelajar terhadap aspek keselamatan dan tindakan kecemasan.
Latihan yang dijalankan turut mendapat kerjasama dan komitmen yang baik daripada semua peserta. Program seperti ini bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin, tetapi turut memupuk semangat berdaya saing serta mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.
