ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah menerima jemputan untuk menghadiri program HR Networking & Gathering yang berlangsung di Le Grandeur Palm Resort Johor pada 9 April 2026.
Program ini merupakan anjuran Beyonics Precision Sdn Bhd dan telah menghimpunkan lebih 150 wakil industri, khususnya dalam bidang sumber manusia.
ADTEC telah diwakili oleh Penolong Pengarah CESS, Pn. Norina Bt Andang, sebagai usaha memperkukuh jaringan strategik bersama pihak industri serta meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan bakat dan penempatan pelajar.
Program seperti ini menjadi platform penting dalam merapatkan hubungan antara institusi latihan dan industri, seterusnya memastikan keperluan tenaga kerja mahir sentiasa selari dengan kehendak pasaran semasa.
