07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 9 Mac 2026 – Program Bakul Prihatin 2026 telah menerima sumbangan daripada rakan-rakan Surau Al-Mawaddah (ahli usrah) di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang sebagai tanda sokongan terhadap usaha kebajikan yang dilaksanakan oleh jawatankuasa program tersebut.

Sumbangan yang disampaikan berupa wang tunai sebanyak RM1,000 serta 30 kampit beras bagi menyokong pelaksanaan program Bakul Prihatin 2026. Sumbangan ini merupakan hasil inisiatif para pelajar yang menjalankan jualan kecil-kecilan di surau, sebelum hasilnya disalurkan bagi menyokong program kebajikan tersebut.

Usaha ini diharapkan dapat membantu golongan yang memerlukan di samping mengukuhkan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam kalangan warga institusi latihan kemahiran di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Inisiatif yang digerakkan oleh para pelajar ini turut mencerminkan nilai keprihatinan sosial serta semangat kerjasama dalam menghayati budaya saling membantu dan berkongsi rezeki dengan masyarakat. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli usrah Surau Al-Mawaddah atas komitmen dan sumbangan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Skip to content