20 -22 April 2026. Pasir Gudang. Kejohanan Sukan Jejak Juara telah diadakan di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang bagi menggalakkan penyertaan aktif dalam kalangan pelajar dalam mencungkil bakat.
Antara objektif penganjuran program ini adalah menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan, mencungkil bakat dalam acara yang dianjurkan, mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta dan memupuk semangat berpasukan dan disiplin.
Beberapa acara telah dijalankan dalam kejohanan ini iaitu Bola Tampar Lelaki & Wanita, Sepak Takraw, Badminton Lelaki & Wanita, Ping Pong Lelaki & Wanita dan e-Sports. Kejohanan selama 3 hari ini akan ditamatkan pada majlis penutup yang dijangka akan diadakan pada 13 Mei 2026.
