07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai melalui wakilnya, Tc. Megat Mohamad Faizar B. Abdul Wahab telah dijemput ke JTDC bagi menghadiri Perjumpaan bersama PETRONAS pada 11 Februari 2026.

Sesi ini melibatkan wakil Human Capital Investment PETRONAS, En. Shahrul Reza Zaikhuddin bersama pasukan, turut disertai oleh MOGSC yang diwakili Ts. Faiz Latip serta MPRC oleh Cik Azura Hassan. Delegasi ADTEC telah disambut oleh En. Shamsul Nizam bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Penyelaras JTDC bersama pasukan pengurusan JTDC.

Perbincangan tertumpu kepada:
-Placement pelajar VISTA
-Kerjasama latihan dan pembangunan bakat Johor
-Peluang pekerjaan dengan tawaran gaji premium
-Pengukuhan ekosistem TVET–industri strategik

Semoga kolaborasi strategik ini terus membuahkan hasil yang mampan dalam memperkasa pembangunan bakat, meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET serta menyumbang kepada kemajuan negeri Johor dan negara secara keseluruhannya.

Skip to content