07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai telah dijemput menghadiri Majlis Pelancaran JH1 Centre of Excellence 2026 pada 23 April 2026 anjuran Princeton Digital Group, sebagai satu inisiatif penting dalam memperkasa pembangunan bakat dan teknologi khususnya dalam industri pusat data. ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai diwakili oleh Tc. Megat Mohamad Faizar B. Abdul Wahab

Kehadiran ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai dalam majlis ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong pembangunan ekosistem TVET serta memperkukuh kerjasama strategik bersama pihak industri berteknologi tinggi.

Majlis ini turut menjadi platform bagi meneroka peluang kolaborasi dalam pembangunan kemahiran tenaga kerja selaras dengan keperluan industri semasa. Semoga usaha ini terus memacu kecemerlangan dalam pembangunan modal insan negara.

Skip to content