07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Sesi JobMatch hasil kerjasama MYFutureJobs bersama ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah berlangsung pada 11 Mei 2026 dengan jayanya melibatkan pihak EEW (M) Sdn. Bhd..

Program dimulakan dengan sesi taklimat kerjaya dan perkongsian peluang pekerjaan oleh wakil pegawai sumber manusia, Iqbal, bersama wakil daripada bahagian produksi syarikat. Delegasi telah disambut oleh pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai.

Sesi ini diteruskan dengan temuduga melibatkan para pelajar jurusan kimpalan, sebagai platform membuka peluang kerjaya serta pendedahan awal kepada keperluan sebenar industri.

Semoga program kerjasama strategik seperti ini terus memberi manfaat kepada para pelajar dalam melangkah ke alam pekerjaan dan mengukuhkan hubungan antara institusi TVET dan industri.

Skip to content