Program kerjasama strategik antara industri dan institusi latihan terus diperkukuh menerusi penganjuran JobMatch, MyFutureJobs bersama Beyonics (M) Sdn. Bhd. yang telah berlangsung di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang pada 15 April 2026.
Program ini diketuai oleh En. Ram a/l Amarsingam, Penolong Pengarah Beyonics (M) Sdn. Bhd. bersama pasukan. Lebih 50 orang pelajar telah terlibat, terdiri daripada jurusan TPM, TPP dan TD.
Sesi dimulakan dengan taklimat daripada PERKESO, diikuti taklimat kerjaya oleh pihak Beyonics bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang pekerjaan dan keperluan industri semasa. Program diteruskan dengan sesi temuduga yang memberi peluang kepada pelajar untuk melangkah terus ke alam pekerjaan.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak atas kerjasama strategik yang terjalin antara Beyonics (M) Sdn. Bhd., PERKESO, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan JTDC dalam merealisasikan usaha memperkasa kebolehpasaran graduan.
