Sesi temuduga kerjaya bersama pihak Bliksen Sdn Bhd telah berlangsung di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang pada 12 Mei 2026 melibatkan pelajar jurusan kimpalan semester akhir. Delegasi syarikat diketuai oleh Ms. Lily selaku Pengurus Sumber Manusia dan telah disambut oleh pegawai CESS ADTEC.
Temuduga ini memberi peluang kepada para pelajar yang bakal mengikuti program VISTA i-Plus untuk menimba pengalaman sebenar proses pemilihan industri serta membuka ruang kepada penempatan kerjaya sebagai Pengimpal (Welder).
Program kerjasama strategik melalui JOBMATCH & MYFutureJobs ini menjadi platform terbaik dalam memperkukuhkan hubungan institusi latihan dan industri, sekaligus meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET.
