Program Jobmatch kerjasama bersama MyFutureJobs telah berlangsung pada 27 April 2026 dengan kehadiran pihak Microtronics Technology Sdn Bhd diketuai oleh Puan Zarina binti Muhamad, Pengurus Sumber Manusia.
Sesi dimulakan dengan taklimat kepada pelajar Program Elektronik Industri, diikuti sesi temuduga bagi tujuan penempatan latihan industri. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk terus berhubung dengan pihak industri serta meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Delegasi Microtronics telah disambut oleh Pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai. Semoga kerjasama strategik ini terus membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada para pelajar.
