07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Satu sesi temuduga kerjaya bersama Chin Hin Group Berhad telah berjaya dilaksanakan di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang pada 6 April 2026 dengan penyertaan yang amat memberangsangkan daripada para pelajar.

Program dimulakan dengan sesi taklimat kerjaya oleh pihak industri yang memberi pendedahan berkaitan peluang pekerjaan serta kehendak sebenar industri masa kini.

Seramai 56 orang pelajar daripada jurusan Kimpalan, Fabrikasi Logam dan Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal telah menyertai sesi temuduga ini.
Delegasi syarikat diketuai oleh En. Kevin (Pengurus Sumber Manusia) bersama En. Cheok Yen Wei (Pengurus Kilang) serta pasukan mereka.

Turut hadir dalam program ini ialah:
🔹 En. Shamsul Nizam Bin Abdul Rahman – Timbalan Ketua Penyelaras JTDC
🔹 En. Ibnoe Adha Elnaviri – Wakil PERKESO

Ketibaan delegasi telah disambut oleh TC Megat Mohamad Faizar B. Abdul Wahab, Pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai. Program ini menjadi platform penting dalam menghubungkan pelajar dengan industri sekaligus membuka peluang kerjaya kepada graduan TVET selaras dengan keperluan pasaran semasa.

Skip to content