07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Alhamdulillah, Ts Dr Hj Azli Amin bin Ahmad Raus telah dijemput menghadiri forum bertaraf antarabangsa, Johor Dialogue 2026 yang berlangsung di Menara MBJB pada 9 Februari 2026.

Forum berprestij ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor bersama YB Menteri Ekonomi Malaysia, mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kedudukan Johor sebagai peneraju ekonomi serantau dan global.

Sesi dialog panel menampilkan tokoh ekonomi terkemuka dunia dan negara:
-Professor Ian Goldin – Oxford University, United Kingdom
-YBhg. Dato’ Sri Dr Idris Jala – Pengerusi PEMANDU Associates

Perbincangan menyentuh hala tuju strategik Johor dalam menghadapi ekonomi tanpa sempadan (borderless economy), termasuk aspek pelaburan, transformasi ekonomi, pembangunan modal insan serta daya tahan negeri dalam landskap global yang semakin kompetitif.

Semoga penglibatan dalam forum berimpak tinggi ini membuka lebih banyak peluang kolaborasi strategik antara industri, institusi latihan dan pemegang taruh demi memperkasa pembangunan bakat serta kemajuan Negeri Johor secara mampan.

Skip to content