07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai terus memperkukuhkan jaringan strategik bersama pihak industri melalui program JTDC Industry Synergy Session hasil kerjasama antara JTDC, PERKESO (MYFutureJobs) dan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai yang berlangsung di Grand Paragon Hotel pada 5 Mei 2026.

Program ini telah menghimpunkan lebih daripada 50 syarikat industri bagi membincangkan agenda pembangunan bakat, peluang pekerjaan serta pengukuhan ekosistem TVET di negeri Johor.

Antara pengisian utama program:
✅ Taklimat oleh En Hilmy Hussain mewakili JTDC mengenai hala tuju kerjasama strategik industri.
✅ Taklimat oleh En Adam Nawawi mewakili PERKESO berkaitan inisiatif MYFutureJobs dan sokongan penempatan pekerjaan.
✅ Perkongsian daripada Ts Dr Hj Azli Amin bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai mengenai peranan institusi dalam pembangunan tenaga mahir negara.
✅ Taklimat inisiatif Skills for Johor telah disampaikan oleh Tc. Megat Mohamad Faizar Abdul Wahab bagi memperkukuhkan pembangunan bakat selari dengan keperluan industri semasa.

Semoga kerjasama strategik ini terus membuka lebih banyak peluang kepada pelajar, graduan TVET serta industri dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk masa depan Johor dan Malaysia.

Skip to content