07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Sesi temuduga bersama syarikat Innovalues Precision Sdn Bhd di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah berlangsung pada 10 Mac 2026 melalui program JTDC Job Match MyFutureJobs.

Seramai 40 orang pelajar semester akhir dari kursus TPP telah menghadiri sesi temuduga ini bagi peluang kerjaya sebagai Juruteknik Mesin.

Program ini merupakan platform yang menghubungkan terus industri dan pelajar TVET, sekaligus memberi peluang kepada pelajar untuk terus melangkah ke alam pekerjaan selepas tamat latihan.

Semoga program seperti ini dapat membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada pelajar serta mengukuhkan kerjasama strategik antara pihak industri dan institusi latihan.

Skip to content