Sesi taklimat kerjaya dan temuduga telah berjaya dilaksanakan bersama pelajar ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dengan penglibatan syarikat Southern Lion pada 1 April 2026.
Delegasi Southern Lion yang diketuai oleh Pengurus Sumber Manusia, En. Razak bersama pasukan telah disambut oleh Pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai serta Timbalan Ketua Penyelaras JTDC, En. Shamsul Nizam Bin Abdul Rahman.
Seramai 40 orang pelajar telah menyertai sesi temuduga yang berlangsung, membuka peluang kepada mereka untuk melangkah ke alam kerjaya sebenar.
Program ini merupakan platform penting dalam menghubungkan pelajar dengan industri serta meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET.
