07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Kulai, 15 April 2026: Karnival Pendidikan Kerjaya Murid (SUKSES) Negeri Johor Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 14 hingga 15 April 2026 di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ). Program anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Negeri Johor ini berjaya menghimpunkan lebih 12,000 pelajar dari seluruh negeri.

Penganjuran karnival ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai hala tuju kerjaya serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan bidang TVET sebagai pilihan masa hadapan. ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai turut mengambil bahagian sebagai pempamer dengan berkongsi maklumat berkaitan program pengajian dan peluang kerjaya kepada para pelajar.

Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, yang menekankan kepentingan perancangan kerjaya sejak di bangku sekolah. Program ini memberi impak positif dalam membantu pelajar mengenal potensi diri serta membuat perancangan pendidikan yang lebih jelas.

Pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak penganjur atas kejayaan pelaksanaan program ini. Diharapkan inisiatif seperti ini dapat diteruskan bagi melahirkan generasi berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

Skip to content