07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 28 Julai 2025, En. Ismail bin Abdul Rahman, Pemangku Pengurus Kanan NIOSH Wilayah Selatan diiringi Encik Mohd Arif bin Afzan telah mengadakan sesi lawatan silaturrahim yang ringkas kepada Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, Ts. Dr. Hj Azli Amin bin Ahmad Raus.

Lawatan ini bertujuan mengeratkan hubungan antara agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), di samping meneroka potensi kerjasama dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Antara fokus utama ialah peluang latihan, perkongsian kepakaran, serta pembangunan kompetensi staf dan pelajar dalam aspek KKP.

Selain itu, sesi ini turut membincangkan secara ringkas cadangan aktiviti bagi mengukuhkan jalinan ukhuwah antara warga kerja NIOSH dan ADTEC, selaras dengan usaha memperkukuh jaringan profesional dan sinergi antara agensi di peringkat negeri. Secara keseluruhan, lawatan ini membuka ruang kolaborasi yang lebih erat dan menyokong aspirasi KESUMA dalam memperkasa budaya kerja yang selamat dan berdaya saing.

Skip to content