Program Kembara Merdeka 2025 anjuran ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai telah berlangsung dengan meriah pada hari Sabtu 30 Ogos 2025 yang melibatkan penyertaan seramai 40 orang pegawai, kakitangan dan pelajar.
Konvoi berkonsepkan sambutan bulan kemerdekaan ini telah diketuai oleh YBrs. Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai. Majlis flag-off telah disempurnakan oleh Ts. Eza binti Monzaid, Timbalan Pengarah Latihan bersama Tuan Haji Zuraidy bin Kadir, Timbalan Pengarah Operasi.
Konvoi bermotosikal ini bermula pada jam 8.45 pagi di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dengan laluan singgah ke beberapa lokasi utama termasuk Kampung Sinaran Baru serta R&R arah Barat SDE sebelum berakhir pada jam 5.00 petang.
Selain aktiviti kembara bermotosikal, pelbagai program sampingan turut diadakan seperti:
Futsal Kampung bersama komuniti setempat
ESG Go Green iaitu aktiviti pemeliharaan alam sekitar dengan menanam pokok limau di sudut padang Kg. Sinaran Baru
Dengan tema “𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑵𝑰, 𝑹𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕 𝑫𝒊𝒔𝒂𝒏𝒕𝒖𝒏𝒊“, program ini bukan sahaja meraikan sambutan Hari Kebangsaan, malah mengeratkan hubungan antara warga ADTEC JTM dan masyarakat sekitar melalui aktiviti kemasyarakatan dan sukan.
Program Kembara Merdeka 2025 ini juga berjaya menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan peserta serta menyokong usaha membentuk masyarakat madani yang sejahtera, harmoni dan bersatu padu.
