Iskandar Puteri – Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah dijemput bersama-sama menghadiri sesi kerjasama kepakaran ADTEC bersama pihak JTDC dan Temasek Polytechnic Singapore yang berlangsung di Bangunan IIB, Iskandar Puteri pada 10 Feb 2026.
Pihak JTDC diketuai oleh Tuan Hilmy bin Hussain, Ketua Penyelaras JTDC. Delegasi Temasek Polytechnic pula diketuai oleh Mr. Lim Teng Leng, Pengarah International Relations bersama barisan delegasi institusi tersebut.
Sesi ini memberi fokus kepada kerjasama kepakaran dalam bidang TVET melibatkan perkongsian teknologi, pembangunan kurikulum, mobiliti pelajar dan pengajar serta potensi pelaksanaan program latihan dan pertukaran kepakaran antara Malaysia dan Singapura.
Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh dalam memperkasa ekosistem TVET ke arah standard antarabangsa.
