07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

12 Februari 2026 | Pasir Gudang – Satu sesi pertemuan strategik telah berlangsung di AZ Motorsport, Taman Scientex melibatkan kepimpinan wakaf, industri dan institusi TVET bagi memperkukuh kerjasama dalam pembangunan tenaga kerja mahir tempatan.

Pertemuan ini menghimpunkan:
-En. Mohammad Razin b. Mohamat Noor – Pengurus Besar Pembangunan Wakaf
-En. Mohamad Nazarudin bin Ali – Ketua Pegawai Operasi Wakaf An-Nur
-En. Mohd Norzee b. Mohd Muhajir – Pengarah AZ Motorsport Sdn Bhd
Turut mewakili ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang ialah Penolong Pengarah CESS, Puan Norina Bt Andang bersama pegawai CESS.

Perbincangan memfokuskan kepada:
✅ Kolaborasi latihan industri dalam bidang automotif
✅ Program upskilling dan reskilling tenaga kerja tempatan
✅ Peluang penempatan latihan industri untuk pelajar TVET
✅ Kerjasama strategik wakaf–industri–institusi latihan

Inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasa agenda TVET serta menyokong pembangunan sosioekonomi melalui pendekatan wakaf yang mampan dan berimpak tinggi.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat tempatan yang lebih kompeten dan berdaya saing.

Skip to content