ADTEC JTM Kampus Senai berbesar hati menerima kunjungan daripada Vertiv Technology (M) Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Mr. Kapsa Vlastimil (Production Manager) dan Puan Nursaadah (HR Manager) pada 4 Sept 2025.
Sesi perbincangan tertumpu kepada potensi kerjasama strategik dalam bidang latihan industri serta peluang penempatan kerja bagi pelajar ADTEC.
Delegasi telah disambut oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus, bersama Timbalan Pengarah Operasi, Hj. Zuraidy bin Kadir, Penolong Pengarah Unit CESS, Pn. Norina Bt. Andang, serta Pegawai CESS, Tc. Megat Mohamad Faizar B. Abdul Wahab.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Vertiv Technology atas kesudian menjalin kolaborasi. Semoga perbincangan ini menjadi langkah awal ke arah kerjasama yang lebih erat dalam membangunkan peluang kerjaya untuk pelajar ADTEC.
