ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Jeevamunissen Ramachandran, Pegawai Industry Outreach dari Human Resource Development Corporation (HRDC) Johor Office pada 29 Julai 2025. Kunjungan ini disambut oleh pegawai-pegawai daripada Unit CESS.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengenal pasti potensi kerjasama strategik antara ADTEC JTM dan HRDC dalam menyokong inisiatif Johor Talent Development Council (JTDC) – khususnya dalam aspek pembangunan bakat tempatan dan penawaran latihan teknikal yang relevan kepada industri.
Perbincangan telah tertumpu kepada:
Pengenalan kepada pelbagai kursus teknikal dan latihan kemahiran yang ditawarkan oleh ADTEC JTM.
Peluang kerjasama tiga pihak antara HRDC, industri dan institusi TVET.
Potensi untuk memperluas program pembangunan tenaga kerja melalui penyertaan industri yang lebih aktif.
Diharapkan kunjungan ini menjadi pemangkin kepada kolaborasi yang lebih erat antara pihak HRDC dan ADTEC JTM dalam memperkasa bakat Johor, selari dengan aspirasi pembangunan TVET negara.
