07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 14 hingga 16 April 2026 telah berlangsung kursus Ergonomics and Noise Risk Assessment at the Workplace di bawah Program Latihan Kemahiran (PLK) yang melibatkan seramai 25 orang wakil pekerja dan wakil majikan dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai.

Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Noorul Azreen Bin Azis, Pegawai Teknikal dari NIOSH Johor yang berkongsi kepakaran berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Sepanjang kursus, para peserta didedahkan dengan prinsip-prinsip ergonomik serta kaedah mengenal pasti dan menjalankan ergonomic hazard assessment di tempat kerja bagi mengurangkan risiko kecederaan dan meningkatkan kesejahteraan pekerja.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan hazard bunyi bising, kepentingan dan cara-cara pelaksanaan Noise Risk Assesment, termasuk tanggungjawab majikan serta langkah-langkah yang perlu diambil oleh pekerja apabila terdedah kepada bunyi bising di tempat kerja.

Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan kesedaran serta keupayaan peserta dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan produktif.

Skip to content