4-5 Mac 2026 | Kursus penggunaan Auto Electrical Test Bench telah diadakan sempena penerimaan peralatan baharu di Bengkel Teknologi Automotif, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang. Kursus selama 2 hari ini melibatkan 6 orang pengajar dan 31 orang pelajar Semester 2 Teknologi Automotif Servis.
Melalui kursus ini, para peserta diberi pendedahan berkaitan fungsi peralatan, kaedah pengendalian yang betul serta aplikasi diagnostik sistem elektrik kenderaan menggunakan Auto Electrical Test Bench.
Pelaksanaan kursus ini diharap dapat membantu meningkatkan kefahaman serta kemahiran praktikal pelajar dalam menjalankan ujian dan diagnosis sistem elektrik automotif dengan lebih sistematik dan selamat.
