07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 27 hingga 29 April 2026 telah berlangsung kursus Gemini for Educators bertempat di Makmal Komputer Bengkel Teknologi Rekabentuk Produk Industri. Kursus selama 3 hari ini melibatkan seramai 25 orang kakitangan dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai.

Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Megat Azimim dan En. Nazarudin dari Mimgata Technologies yang berkongsi kepakaran dalam penggunaan teknologi AI terkini dalam bidang pendidikan.

Sepanjang kursus, para peserta didedahkan dengan teknik prompting menggunakan Gemini serta pelbagai platform AI lain bagi meningkatkan produktiviti pengajaran. Selain itu, peserta turut mempelajari cara menghasilkan video, canvas dan imej berasaskan AI secara kreatif dan efektif.

Lebih menarik, kursus ini juga memberi pendedahan kepada pembangunan custom GEMS, NotebookLM dan aplikasi AI lain bagi membantu menghasilkan bahan pengajaran digital, alat bantu mengajar serta pembangunan nota dan soalan secara lebih sistematik dan inovatif. Di akhir kursus peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menghasilkan projek berkaitan perkara yang dipelajari untuk diaplikasi dalam tugas masing-masing sama ada dalam bidang pembelajaran atau tugas-tugas pengurusan yang lain.

Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkasakan kaedah pengajaran serta melahirkan tenaga pengajar yang lebih kreatif dan berdaya saing dalam era digital.

Skip to content