07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 30 April 2026, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah berjaya menganjurkan Kursus Refresher Pedagogy 4 Step Pattern yang melibatkan pengajar dari Kampus Pasir Gudang dan Senai.

Kursus sehari ini menampilkan perkongsian bermanfaat oleh penceramah jemputan, En. Adnan Bin Ahamad Zamari dari Unit Penyeliaan Skill Professional Development (SPD). Program dimulakan dengan modul ulangkaji pedagogi 4 Step Pattern, diikuti dengan sesi perkongsian berkaitan Program PPT TVET-i.

Sesi diteruskan dengan demo pengajaran amali oleh En. Wan Mahmudul Hasan Bin W Zolkapli yang memberi pendedahan praktikal kepada para peserta. Program diakhiri dengan sesi refleksi yang membuka ruang penambahbaikan dalam teknik pengajaran.

Walaupun para pengajar telah memiliki sijil VTO dan TM001, kursus refresher ini menjadi platform penting untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran selari dengan keperluan generasi masa kini.

Komitmen berterusan dalam meningkatkan kualiti pengajaran demi melahirkan tenaga kerja TVET yang kompeten dan relevan!

Skip to content