07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Kursus Reskilling Development Application and Troubleshooting Course of OMRON PLC, HMI & IoT: A Practical Guide to Automation Control telah berjaya dilaksanakan dari 27 April hingga 30 April 2026 di bawah peruntukan CIAST menerusi Projek Pembangunan Kepakaran dan Profesionalisme Pengajar TVET. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dengan penglibatan seramai 10 orang tenaga pengajar, terdiri daripada 6 orang dari Kampus Pasir Gudang dan 4 orang dari Kampus Bukit Katil.

Kursus ini telah disampaikan oleh En. Abu Bakar Bin Mohamed dari FESTECH yang berkongsi kepakaran dalam bidang automasi industri. Sepanjang kursus, para peserta telah didedahkan dengan beberapa modul utama iaitu Asas Perisian Sysmac Studio, Asas Human Machine Interface (HMI), Asas IoT Platform (Cloud SCADA) serta Kawalan Sistem PLC dengan integrasi IoT SCADA.

Melalui pelaksanaan kursus ini, para peserta telah berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan aplikasi serta penyelesaian masalah sistem automasi berasaskan PLC, di samping memahami integrasi teknologi IoT dalam sistem kawalan moden. Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh kompetensi tenaga pengajar TVET selaras dengan keperluan industri.

Skip to content