07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Senai, 15 Mei – ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai telah berjaya menganjurkan Kursus Troubleshooting & Repair of LED TV (Basic) selama dua hari bermula 14 hingga 15 Mei 2026 bertempat di Makmal Elektronik, ADTEC JTM Kampus Senai.

Kursus yang dilaksanakan di bawah Program Reskilling, Upskilling dan Professional Tahun 2026 itu dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dari industri, Tc. Erniwaty binti Jasmi dengan penyertaan seramai tujuh orang peserta dari bidang elektronik. Daripada jumlah tersebut, lima peserta terdiri daripada pegawai ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai manakala dua lagi peserta hadir dari Kampus Batu Pahat.

Sepanjang kursus berlangsung, peserta didedahkan dengan pembelajaran secara teori dan praktikal berkaitan teknik asas mengenal pasti kerosakan serta kaedah pembaikan peralatan elektronik menggunakan pelbagai peralatan pengujian dan diagnostik.

Fokus utama kursus adalah terhadap kerja-kerja troubleshooting televisyen LED, namun peserta turut diberi pendedahan dalam mengenal pasti kerosakan bagi peralatan elektrik lain seperti pressure cooker dan steam iron. Pendekatan pembelajaran secara hands-on membolehkan peserta memahami prosedur pemeriksaan, penggunaan alat pengukuran serta teknik keselamatan ketika menjalankan kerja baik pulih.

Penganjuran kursus ini dilihat mampu meningkatkan kemahiran teknikal peserta khususnya dalam bidang penyelenggaraan dan pembaikan elektronik selaras dengan keperluan industri semasa. Selain itu, program sebegini turut membantu memperkukuhkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan tenaga pengajar dan kakitangan teknikal ADTEC JTM.

Skip to content