26 hingga 30 Januari 2026 – Satu Kursus Jangka Pendek (KJP) bertajuk “Resume and Cover Letter for TVET Students” telah dilaksanakan di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai dengan penglibatan semua pelajar semester akhir sebagai peserta. Kursus ini dikendalikan oleh Cik Siti Suraya Hani binti Mohd Juar dari Jabatan Akademik dan Pembangunan Insan.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan latihan praktikal kepada pelajar dalam penyediaan resume dan surat iringan (cover letter) yang berkesan serta menepati keperluan industri. Pelajar dibimbing secara dalam aspek format penulisan, pemilihan kandungan serta penyesuaian dokumen permohonan kerja mengikut jawatan yang dipohon. Program ini merupakan kesinambungan daripada Seminar Kerjaya yang telah dilaksanakan pada minggu sebelumnya bagi memperkukuh persediaan pelajar menghadapi alam pekerjaan.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan kursus ini berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada pelajar dalam meningkatkan kemahiran menyediakan dokumen permohonan kerja yang berkualiti serta menyokong usaha melahirkan graduan TVET yang bersedia memasuki pasaran kerja.
