07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 13 Mei 2026, seramai 9 orang delegasi daripada kampus ADTEC JTM Shah Alam, Taiping dan Pasir Gudang yang diketuai oleh Ts. Hajah Zuraini Muda, Pengarah ADTEC JTM Kampus Shah Alam telah mengadakan lawatan akademik Program Jaminan Kualiti di bawah aktiviti Jawatankuasa Kepakaran Kluster Perkhidmatan Kejuruteraan JTM ke SIRIM Berhad, Shah Alam.

Delegasi telah disambut oleh Tuan Nik Sazali Nik Hussin, Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad sebelum sesi lawatan dimulakan.

Antara pengisian utama program termasuk sesi perkongsian dan perbincangan Continuous Quality Improvement (CQI) bersama Dr. Mohd Bakri Jali, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM Academy; Lawatan ke Pusat Sains Hayat, @SIRIM Industrial Research yang diketuai oleh Dr. Nurul Izzah, Pengarah Pusat Sains Hayat; serta kunjungan ke Galeri SIRIM bagi mendalami legasi, peranan dan sumbangan SIRIM terhadap pembangunan industri dan teknologi negara

Lawatan ini turut membuka ruang perbincangan berkaitan potensi kerjasama strategik antara JTM dan SIRIM bukan sahaja dalam program Jaminan Kualiti di bawah Jawatankuasa Kepakaran Kluster Perkhidmatan Kejuruteraan, malah melibatkan peluang kolaborasi bagi kluster-kluster kepakaran lain di JTM.

Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan jaringan industri dan pembangunan latihan TVET yang lebih berkualiti, relevan dan berdaya saing selaras dengan keperluan industri masa kini.

Skip to content