07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Satu sesi lawatan dan perbincangan strategik telah berlangsung pada 4 Mei 2026 melibatkan En. Hisyam bin Hassan, Pengurus Kanan, Rakan Strategik & Sumber Manusia Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd bersama pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, Tc. Megat Mohamad Faizar B. Abdul Wahab ke Johor Talent Development Council.

Lawatan ini bertujuan membincangkan potensi kerjasama strategik antara MRTS, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai serta JTDC dalam aspek pembangunan bakat, latihan kemahiran dan kebolehpasaran graduan selari dengan keperluan industri semasa.

Delegasi telah disambut oleh En. Shamsul Nizam Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Penyelaras JTDC. Semoga perbincangan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang kerjasama strategik dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan kompeten untuk masa hadapan.

Skip to content