Satu lawatan dan sesi perbincangan strategik melibatkan pihak industri, Wakaf An -Nur bagi memperkasa agenda TVET Johor, telah berlangsung pada 3 Mac 2026.
Lawatan ini melibatkan wakil daripada:
- Pinto Tyre Sdn Bhd
Diwakili oleh En. Pinto Hernedez Sani (Pengarah Urusan) dan B. Musrizal - Wakaf An-Nur Corporation Berhad
Diwakili oleh Tn. Hj Mohammad Razin B. Mohamat Noor (Pengurus Pembangunan Wakaf) dan Tn Hj Mohamad Nazarudin Bin Ali (Ketua Pegawai Operasi)
Manakala pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan ADTEC JTM Kampus Senai diwakili oleh Pegawai CESS.
-Fokus Perbincangan - Perbincangan memberi tumpuan kepada pembangunan Program Latihan TVET Automotif yang lebih komprehensif untuk membangunkan belia Johor.
Antara agenda utama:
✅ Kerjasama strategik industri–institusi latihan
✅ Pelaksanaan program latihan automotif moden berasaskan keperluan industri
✅ Sokongan wakaf dalam memperluas akses latihan kemahiran
✅ Laluan latihan ke arah penempatan pekerjaan
Melahirkan Juruteknik Automotif Moden
Program yang dirancang di ADTEC Pasir Gudang akan menekankan:
🔧 Diagnostik kenderaan teknologi terkini
🔧 Latihan hands-on di bengkel sebenar
🔧 Pendedahan kepada standard industri semasa
🔧 Peluang kerjaya bersama rakan industri
Semoga kolaborasi antara industri dan wakaf ini menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan TVET Johor serta membuka lebih banyak peluang kepada belia untuk menjadi juruteknik automotif moden yang kompeten dan berdaya saing.
