Lawatan dari Era Ami Enterprise, Gelang Patah ke ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Februari 2026.
Delegasi Era Ami Enterprise telah disambut oleh pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, seterusnya mengadakan sesi perbincangan berkaitan peluang kerjasama strategik antara ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai bersama pihak industri.
Perbincangan turut memfokuskan kepada peluang penempatan pekerjaan pelajar ADTEC, selari dengan usaha memperkukuhkan kolaborasi industri dan meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET.
Terima kasih kepada pihak Era Ami Enterprise atas kesudian meluangkan masa dan komitmen dalam menjalin kerjasama bersama ADTEC JTM.
