ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima lawatan daripada i-Cats University College yang diketuai oleh Pn Nur Fauzurana Arisha (Regional Executive).
Delegasi telah disambut oleh Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan, Ts. Wan Zainah binti Wan Ismail. Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama strategik antara pihak i-Cats University College dan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai selain mempromosikan peluang pelajar kategori anak Sarawak lepasan SKM dan DKM untuk menyambung pengajian.
Perbincangan ini diharap dapat memberi impak positif dalam meningkatkan kemahiran serta kebolehpasaran graduan selaras dengan keperluan industri.
