07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima kunjungan daripada IoT Manufacturing Sdn. Bhd. pada 11 Disember 2025, diketuai oleh Pengarah Syarikat, Mr. Alex Tan, bersama Pengurus Sumber Manusia. Ketibaan mereka disambut oleh pegawai CESS sebelum dibawa melawat fasiliti latihan di ADTEC.

Sesi ini turut diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama strategik, merangkumi:
-Kursus jangka pendek berasaskan keperluan industri,
-Penempatan latihan pelajar ADTEC, serta
-Pertukaran teknologi antara ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, JTDC dan IoT Manufacturing.

Terima kasih kepada IoT Manufacturing Sdn. Bhd. atas kesudian hadir dan membuka ruang kolaborasi demi pembangunan bakat TVET Johor.


Skip to content