07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah menerima lawatan daripada Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) yang diketuai oleh En. Kamarudin bin Kamit, Ketua Jabatan Elektrik, bersama para pensyarah pada 6 Februari 2026.

Delegasi telah disambut oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus. Turut hadir Tuan Hj. Faisal bin Hj. Md Kasim Pengarah kolej Vokasional Pasir Gudang dalam sesi perbincangan tersebut.

Lawatan ini bertujuan membincangkan peluang program kerjasama latihan kemahiran antara kedua-dua institusi, khususnya dalam bidang teknikal dan kompetensi industri bagi memperkukuh pembangunan modal insan. Semoga jalinan kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada pelajar dan memperkasakan pendidikan TVET negara.

Skip to content