07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima lawatan daripada STX (M) Sdn. Bhd., yang disambut oleh pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai pada 8 Januari 2026.

Turut hadir En. Shamsul Nizam bin Abdul Rahman, Penolong Ketua Penyelaras Johor Talent Development Council (JTDC). Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada kerjasama latihan strategik dan kolaborasi industri, termasuk perbincangan berkaitan peluang gaji premium serta penempatan pekerjaan bagi graduan JTM.

Kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan industri–institusi dan membuka lebih banyak peluang kerjaya berkualiti kepada graduan TVET.

Skip to content