5 Mac 2026 – ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Johor Skills Development Centre (JSkills) yang diketuai oleh Dr. Mohamad Anas Bin Mohamad Anuar, Pengurus Besar JSkills.
Delegasi tersebut telah disambut oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, Ts. Dr. Hj. Azli Amin Bin Ahmad Raus bersama pihak pengurusan ADTEC.
Sepanjang lawatan, delegasi JSkills telah dibawa melawat beberapa bengkel latihan di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang bagi melihat sendiri kemudahan latihan serta program kemahiran yang dijalankan. Selain itu, satu sesi perbincangan turut diadakan bagi meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua institusi dalam memperkukuhkan pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Diharapkan lawatan ini dapat membuka ruang kepada kolaborasi yang lebih erat antara ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan JSkills dalam melahirkan tenaga mahir berkualiti serta memperkasakan ekosistem TVET negara.
