ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima lawatan delegasi daripada pihak PETRONAS yang diketuai oleh Ir. Shah Ridzal A. Rahman, Senior Manager Construction, bersama En. Adi Aswan pada 31 Disember 2025.
Lawatan ini melibatkan perjumpaan bersama pelajar Batch 3/2025 bagi Program I-VISTA Plus tajaan PETRONAS yang dilaksanakan dengan kerjasama ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai.
Delegasi telah disambut oleh pegawai CESS, Ketua Bahagian, serta pengajar daripada Bahagian Kimpalan dan FSL. Delegasi turut dibawa berinteraksi secara langsung dengan pelajar serta meninjau kemudahan latihan yang disediakan ,seramai 13 pelajar kimpalan dan 15 pelajar Pipe Fitter telah menyertai Program VISTA i-Plus bagi batch 3/2025.
Lawatan ini diharap dapat memperkukuh hubungan kerjasama industri dan institusi latihan serta memberi pendedahan industri kepada para pelajar.
