07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 16 Mac 2026, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah menerima lawatan daripada Ms. Adelene wakil daripada ICCCM-ITEA bagi meneroka peluang kerjasama dalam bidang latihan kemahiran.

Delegasi telah disambut oleh Azli Amin bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, bersama Timbalan Pengarah serta Penolong Pengarah. Turut hadir Timbalan Ketua Penyelaras JTDC, En. Shamsul Nizam bin Abdul Rahman.

Sesi perbincangan tertumpu kepada potensi kerjasama strategik antara ITEA dan ADTEC, khususnya dalam memperkasa program latihan kemahiran serta meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja selaras dengan keperluan industri semasa.

Diharapkan lawatan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dalam pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.

Skip to content