Batu Berendam, 30 April 2026 – Satu lawatan industri strategik telah diadakan ke CTRM Holdings Sdn. Bhd., Melaka, yang melibatkan seramai 30 orang pelajar dan 5 orang pensyarah pengiring daripada Bengkel Teknologi Rekabentuk Produk Industri, ADTEC Kampus Senai.
CTRM Holdings merupakan sebuah syarikat peneraju dalam industri aeroangkasa dan pembuatan bahan komposit di Malaysia yang membekalkan komponen struktur pesawat kepada syarikat gergasi global seperti Airbus dan Boeing.
Objektif Lawatan:
- Memberi pendedahan secara praktikal mengenai operasi sebenar dalam industri teknologi bahan termaju fibre glass.
- Merapatkan jurang antara teori akademik dengan realiti teknologi di lapangan.
- Memahami budaya kerja profesional dan standard keselamatan (HSE) yang diamalkan dalam industri aeroangkasa.
Para peserta telah diberikan taklimat korporat mengenai peranan CTRM dalam rantaian bekalan global sebelum dibawa melawat ke lantai produksi (production floor). Sepanjang lawatan, para pelajar berpeluang melihat secara dekat proses fabrikasi, penggunaan teknologi autoclave, serta teknik pemotongan bahan komposit yang memerlukan ketepatan yang sangat tinggi.
Melalui inisiatif ini, pelajar dapat melihat bagaimana kemahiran rekabentuk produk diaplikasikan dalam penghasilan komponen yang kompleks. Kesedaran mengenai disiplin kerja yang tinggi dan pematuhan kepada SOP keselamatan juga menjadi input penting dalam membentuk bakat TVET yang kompeten dan memenuhi kehendak pasaran kerja masa kini.
