ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima lawatan daripada Dason & Dason Cooperation Sdn. Bhd. yang dihadiri oleh En. Sooriya Kumar pada 28 Januari 2026.
Lawatan ini telah disambut oleh pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, dengan perbincangan tertumpu kepada potensi kerjasama dalam pembangunan soft skills serta perancangan kewangan khusus untuk pelajar-pelajar semester akhir.
Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat memberi nilai tambah kepada pelajar dalam persediaan memasuki alam pekerjaan serta meningkatkan kebolehpasaran graduan ADTEC. Terima kasih atas kunjungan dan perkongsian yang bermakna.
