Delegasi dari Syarikat YTL Data Centre telah mengadakan lawatan ke ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan disambut oleh pegawai CESS ADTEC JTM bersama pihak JTDC pada 22 Disember 2025. Sesi perbincangan telah diadakan bagi membincangkan kerjasama latihan serta peluang penempatan kerja melibatkan pelajar dan graduan ADTEC JTM. Terima kasih atas kesudian pihak industri dalam menyokong pembangunan modal insan berkemahiran melalui kolaborasi industri–TVET.
