07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima lawatan daripada Althum Precision Sdn. Bhd. pada 23 Disember 2025. Delegasi syarikat disambut oleh pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai. Wakil Althum Precision Sdn. Bhd. yang hadir ialah Pengurus Sumber Manusia, Puan Asmina. Sesi perbincangan telah diadakan bagi membincangkan penempatan latihan industri dan peluang pekerjaan kepada pelajar ADTEC, termasuk perbincangan berkaitan pelaksanaan gaji premium, serta meneroka kerjasama latihan strategik antara pihak industri dan ADTEC JTM. Terima kasih Althum Precision Sdn. Bhd. atas kesudian berkunjung dan komitmen dalam menyokong pembangunan bakat TVET.

Skip to content