07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima lawatan daripada FT Engineering Sdn. Bhd. Lawatan ini telah disambut oleh pegawai CESS dan diteruskan dengan sesi lawatan ke bahagian kimpalan. Perbincangan tertumpu kepada cadangan program kursus jangka pendek, khususnya dalam pembangunan:

  1. Welding Procedure Specification (WPS)
  2. Welding Qualification Test (WQT)

Kerjasama strategik antara ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan FT Engineering Sdn. Bhd. ini diharapkan dapat menyokong pembangunan kemahiran industri serta keperluan latihan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Ghafar, Pengurus Operasi FT Engineering Sdn. Bhd., atas kesudian meluangkan masa dan hadir ke ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Skip to content