07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima lawatan daripada pihak Innovalues Precision Sdn Bhd pada 13 Februari 2026 yang diketuai oleh Penolong Pengurus Sumber Manusia, Ms Chew bersama pegawai sumber manusia. Delegasi syarikat telah disambut oleh pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang bagi sesi perbincangan strategik berkenaan kolaborasi antara institusi dan industri.

Antara fokus utama perbincangan:
-Peluang pekerjaan kepada graduan ADTEC
-Kerjasama penempatan latihan industri
-Keperluan kemahiran industri semasa
-Perancangan sesi taklimat kerjaya & temuduga terbuka

Sebagai langkah susulan, pihak syarikat telah mencadangkan untuk mengadakan Taklimat Kerjaya dan Sesi Temuduga pada 10 Mac 2026 khusus kepada para pelajar dan bakal graduan ADTEC. Delegasi turut dibawa melawat sekitar fasiliti latihan ADTEC termasuk bengkel dan makmal teknikal bagi melihat sendiri kemudahan serta standard latihan yang disediakan kepada pelajar.

Inisiatif ini selari dengan usaha memperkukuh jaringan industri serta memastikan kebolehpasaran graduan terus berada pada tahap terbaik dan memenuhi kehendak pasaran kerja semasa.

Skip to content