ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima lawatan daripada MewahTrans Logistics Sdn. Bhd. yang disambut oleh pegawai CESS pada 23 April 2026. Pihak MewahTrans diwakili oleh:
🔹 En. Shasi – Pengurus Bengkel
🔹 Pn. Emma – Bahagian Sumber Manusia
Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan peluang kerjasama strategik antara ADTEC dan pihak industri, khususnya dalam aspek penempatan pekerjaan pelajar ADTEC selepas tamat latihan.
Perbincangan yang berlangsung memberi fokus kepada keperluan industri semasa serta potensi kolaborasi dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi kehendak pasaran.
Semoga jalinan kerjasama ini dapat diperkukuh dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak serta membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada pelajar ADTEC.
