Pada 22 Januari 2026, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima lawatan daripada Pengarah Mc Neal Enterprise Sdn Bhd, Madam Diana, serta Pengarah Intrasource Sdn Bhd, Mr Jerommy.
Lawatan ini telah disambut mesra oleh pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai. Sesi perbincangan telah diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama strategik khususnya dalam aspek penempatan pekerjaan pelajar ADTEC, selaras dengan keperluan industri semasa.
Para tetamu turut dibawa melawat fasiliti latihan di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang bagi melihat sendiri kemudahan serta keupayaan latihan yang disediakan untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan kompeten.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Mc Neal Enterprise Sdn Bhd dan Intrasource Sdn Bhd atas kesudian melawat ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang. Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat memberi manfaat berterusan kepada pelajar dan industri.
